let's not think about it.
Friday, August 10, 2012 @ 11:31 AM
Hi readers :) Assalamualaikum. Ek'ehem, saya sudah pun tengok cerita H.A.C.K.S. ini xD Ketinggalan betul aku ni. Cerita ni dah lama keluar, aku baru nak tengok. Bukan aku, aku fikir cerita ni tak best then takde niat lah nak tengok. Tapi aku suka dengar lagu dia tiba-tiba rasa macam nak tau pulak apa ending dia. So aku ambek keputusan untuk tengok cerita ni secara online di sini ----> http://movie-melayu-online.blogspot.com/

Dan dalam cerita ni dia ada sebut pasal CINTA PLATONIK. Ezyn suruh aku dengan Danial buat cinta platonik ni dan aku macam..... Terkejut okay. Tapi tak nak aku. Memang lah nampak best cuma... Entah lah.. Abaikan je lah :D

Dan ini sinopsis nye :-
Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.

Seronok k cerita ni. Aku tengok sampai menangis :') Hahahaha, aku menjiwai cerita ini sepenuh hati. Bhahahahaha, tak bleh blah je xD Dan cuba korang dengar lagu ni. Seronok juga :D 

Hanya ku cinta kau seorang ~

Labels: ,

© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03