let's not think about it.
Friday, September 7, 2012 @ 8:43 AM
Hi readers :) Assalamualaikum.

Pada esok hari, kebanyakan sekolah akan membuat sekolah ganti termasuk lah sekolah saya. Jadi saya sebagai budak yang rajin akan datang ke sekolah pada esok hari. Saya tahu ramai pelajar yang berkomplot ataupun merancang untuk tidak hadir ke sekolah pada esok hari. Teruskan dengan rancangan anda. Har har har xD

Jadi, kepada pelajar 2 Mahagony, pastikan ramai yang tak datang pada esok hari supaya bilangan kelas menjadi sedikit dan cikgu pun tiada idea mahu mengajar apa. Lol xD Jahat nya saya xD Ehh tak tak. Saya baik. Har har har :3


Cuba baca kisah dibawah ini sebentar.
Pada suatu hari yang indah, guru kelas aku sedang membacakan senarai nama budak kelas 2 Mahagony yang akan mendapat surat cinta daripada pihak sekolah. Ehh I mean surat amaran. Surat cinta sekadar bahasa kiasan sahaja. Harap maklum. Selesai teacher baca senarai nama, aku terkejut sebab nama aku tiada didalam senarai. Uhukk dalam hati sudah menjerit keriangan xD Lepas rehat, aku pergi tandas dengan kawan aku. Kawan aku ni pulak dia dapat surat amaran. Dia tanya aku, aku dapat surat amaran jugak ke? Dengan tak ada perasaan, aku cakap "Tak ada *senyum*" Dia terkejut. Aku tak kisah. Tapi dia cakap, "****** cakap nama awak ada lah." Dan pada masa itu, aku rasa macam nak belasah je org yg ckp nama aku ada dalam senarai pelajar yang dapat surat amaran pertama. Sebenar nya, dia cemburu sebab dia pun banyak kali tak datang sama dengan aku. Tapi kenapa aku tak dapat, dia pulak dapat. Jadi dia pun buat cerita lah yang konon nya aku pun dapat jugak surat amaran tu. Mintak penampor lahh -____-

Jadi mau tau apa rahsia saya sampai tak dapat surat amaran, sedangkan saya lagi kerap tidak hadir ke sekolah berbanding dengan mereka semua? Hahahahaha senang je.. Bila aku tak datang sekolah, aku akan buat surat sendiri. Type guna computer, print. Then pagi sebelum nak pergi ke sekolah, aku akan suruh ayah aku tanda tangan surat tu. Simple right? :D Tapi aku selalu hantar surat daripada klinik/hospital daripada surat ibu bapa. Aku selalu pergi klinik/hospital, tu yang dapat MC.

Kesimpulan nya, kalau anda-anda semua  tidak hadir ke sekolah/malas nak datang ke sekolah, pastikan anda-anda semua menulis surat sebab ketidakhadiran dan hantar kan kepada cikgu kelas anda-anda semua, okay? Senang dan ringkas :)

Sekian.
Assalamulaikum.

Labels:

© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03