Saturday, October 13, 2012 @ 1:59 AM Hi readers :) Assalamualaikum.Masa aku log in ni, aku ternampak ada satu blog yg aku follow buat entri mengenai Arwah Kak Yasmin. Aku tertarik untuk membaca nya. Dan.... Aku berasa sedih dengan pemergiannya. Aku memang tidak mengenali arwah semasa dia masih hidup. Tapi bila aku dengar mengenai kematian nya, aku berasa sedih. Apatah lagi apabila aku membaca blog arwah yang diuruskan oleh ibu arwah, Aunty Saz. Aku membaca tiga blog yang menulis tentang arwah :-
Salah satu daripada penulis blog di atas, sanggup pergi ke Langkawi pada 1 September untuk menziarahi pusara arwah dan berjumpa dengan ahli keluarga arwah sedangkan penulis blog ini tidak mengenali arwah langsung ketika arwah masih hidup :')
Gambar ni menarik perhatian aku.
Arwah sangat cantik orang nya :')
Tiap kali aku nak online, benda pertama sekali aku akan bukak adalah blog arwah. Aku suka baca entri-entri arwah. Kadang-kadang aku selalu tunggu "Bila lah ibu arwah nak post entri baru ni?" Hmm, aku memang suka cara arwah bercerita. Menghiburkan hati :'D Kadang-kadang arwah buat lawak dalam entri nye :D
Sebelum ni aku memang ada buat post juga mengenai arwah, semasa bulan 7 macam tu, mungkin. Tapi tak tau kenapa tergerak hati aku nak tulis entri lagi mengenai arwah :')
Blog arwah : Her illusionist
Just wanna write that. Al-fatihah to arwah :') Aku harap arwah tenang di alam sana :)
Assalamualaikum. Labels: Sad |