Thursday, December 27, 2012 @ 1:12 PM Hi readers :) Assalamualaikum.Sebenar nya aku pernah bermimpi tentang ular. Yes. ULAR. Ular yang paling berbisa di dunia dan hanya terdapat di sebuah hutan yang terbesar di dunia sahaja. Macam ular ni limited edition lah konon nya. Hahaha. Actually aku sendiri tak tau macam mana boleh dapat mimpi tu. Tapi apa yang aku ingat, masa tu aku temankan ibu dengan kakak pergi klinik buat check-up untuk kakak sebab kakak nak masuk asrama kena buat check-up apa entah. Malas nak ambik tau. Then aku bosan, aku duduk satu tempat tu, betul-betul depan tv. That time kat hospital kerajaan mana entah. Kalau hospital kerajaan, tau-tau je lah kena tunggu berapa jam lama nya. Kebetulan masa tu tv tu tengah pasang channel national geography. Err aku tak tau sama ada nama tajuk cerita tu betul ke tak. Dah lupa. Maklum lah, makin hari, makin membesar, makin tua. Bukannya makin hari, makin mengecil, makin kebudak-budakan. Aku pun tengok lah cerita tu dengan khusyuk nya. Yes. Khusyuk k aku tengok. Tiba-tiba bangga pulak tengok cerita tu dengan khusyuk. Haha sebab that time diorang tengah cari satu ular yang paling berbisa. Ular tu kecik je sebenar nya tapi badan dia panjang. Warna kulit dia gelap/hitam. Kalau dia patuk manusia, memang manusia tu tak ada harapan nak sembuh. Tapi kalau diizinkan Allah, mana kita tau kan? Ular ni cuma akan keluar pada waktu malam. Ular ni tinggal kat dalam lubang yang besar. Eish. Dah lah kecik, nak tinggal rumah besar-besar, luas-luas. Eish eish eish eish. Tiba-tiba aku terdengar ada suara yang memanggil nama aku. K aku tau tu mesti suara kakak. Eish. Saja je nak malukan orang. Dah lah semua orang pandang. Aku terus buat-buat tak tau. Lepas tu kakak dengan ibu datang kat sebelah aku sementara aku masih khusyuk lagi tengok cerita pasal ular tu lagi. Ibu kata dah selesai dah semua nya. Ibu tanya aku, "adik nak balik ke tak nak ni? Tak nak, ibu tinggal kan aje dekat sini." And i was like, err okay. Tapi lagi sikit je ni, ibu. Nak dijadikan cerita, cerita tu pun habis masa tu jugak. Kemudian dalam perjalanan nak balik tu, aku pun cerita lah dekat ibu pasa cerita yang aku tengok tadi. Ibu dengan kakak pun dengar je lah. Malam tu................................. Masa aku nak tidur pun, aku masih terfikir pasal ular tu. Aku terfikir, bahaya nya ular tu. Nasib baik tinggal dalam hutan and etc. Banyak gila aku fikir pasal ular tu. Dan kemudian aku pun tertidur lah. Bila aku bangun je, badan aku berpeluh satu badan. Yes. I dreamed about that snake. How it can be? Mungkin sebab salah aku jugak. Terlalu fikirkan pasal ular tu sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Nak tau apa yang aku mimpi pasal ular tu? Hm. Aku mimpi ular tu patuk aku. Macam mana dia boleh patuk aku? Sebab aku terlalu teruja sangat nak tengok ular tu dengar jarak yang dekat. Kemudian ular tu pun patuk tangan aku. Itu lah padah nya sebab terlalu teruja melihat sesuatu perkara/benda. Itu pasal lah bila aku bangun je, seluruh badan aku berpeluh. Sebab masa ular tu patuk aku, aku sempat lagi berfikir, "Ya allah, ular ni dah patuk aku. Takde harapan lah aku nak hidup lagi." Itu yg terdetik dalam hati aku. Kemudian aku bangun terus jumpa ayah. Masa tu ayah tengah tidur. Aku kejutkan ayah. Aku cerita semua nya kat ayah. Air mata aku turun masa aku cerita pasal mimpi tu dekat ayah. Ayah dengar je kemudian ayah sapu air mata aku. Ayah cakap "Lain kali nak tidur, jangan lupa baca doa tidur. Kan dah mimpi yang bukan-bukan." Dan kemudian aku rasa tenang balik. Beberapa hari lepas tu, nenek aku datang. Ayah pun cerita lah kat nenek aku yang aku mimpi pasal ular berbisa tu. Aku diam je. Aku tau salah aku sebab terlalu fikirkan sangat pasal ular tu dan salah aku jugak sebab sebelum tidur, aku tak baca doa tidur. Kemudian lepas ayah dah habis cerita, opah cakap "Orang tua-tua kata. Kalau orang mimpi pasal ular, maksud nya jodoh dia nak sampai lah tu. Tak lama lagi ada lah tu orang masuk meminang." Dan aku macam.......................... Ternganga okay mulut aku. Tak tau nak cakap apa. Nak balas apa. Terdiam terus aku. Dan kemudian, bermula dari hari tu lah aku berazam supaya tak nak fikir lagi dah pasal ular tu walaupun bayangan ular tu masih melekat dalam ingatan aku. Aku tak nak mimpi pasal ular lagi dah. Selepas kejadian tu, ayah selalu masuk bilik aku suruh aku baca doa tidur sebelum nak tidur. Sebenar nya aku dah lupa macam mana doa tidur. Yes. Aku mengaku. Aku khilaf. Manusia memang pelupa. Aku dah jarang amalkan doa tidur sampaikan terlupa macam mana bacaan nya. Nasib baik aku ada penyelamat. Yeayy ! Alhamdulillah. Nak tau siapa penyelamat nya? Haha syahmee lah. K syahmee, kalau kau baca post yg panjang berjela ni, aku nak cakap terima kasih sangat-sangat sebab paksa aku hafal doa tidur tu. Dan sampai sekarang aku masih ingat lagi k doa tidur yang kau ajar aku tu. Haha terima kasih ye. Assalamualaikum. |