let's not think about it.
Saturday, November 3, 2012 @ 10:25 AM
Hi readers :) Assalamualaikum.


Nak masuk satu minggu dah aku demam. Hmm. Aku sendiri tak tau kenapa demam aku kali ni lama sangat -.- Biasa dua tiga hari jea. Actually aku memang setiap bulan akan demam. Lol aku sendiri tak tau kenapa. Gedik sangat badan aku -.- Harhar badan aku jugak yang disalah kan xD Hahahahaha, takde lah. Actually anti-body aku memang lemah~ So... Hm. Tak boleh aktif sangat. Tak boleh itu. Tak boleh ini. Sebenar nya banyak pantang larang nya tapi aku je yang malas nak ambil tau and malas nak tau -___-

Selasa lepas exam Sejarah. Aku baca buku dari Isnin malam sampai pagi Selasa tu. Baca buku, mengantuk, tidur satu jam kejap, bangun balik, sambung balik baca buku, mengantuk, tidur setengah jam kejap, bangun balik, sambung baca buku sampai lah pagi besok aku buat macam tu. Dengan erti kata lain, aku tak cukup tidur. Tapi aku tak kisah aku tak cukup tidur ke tak, yang penting aku dapat naikkan gred Sejarah aku. Naik dua tiga markah pun, alhamdulillah lah :)

Pagi Selasa tu aku rasa loya sangat -____- Rasa macam nak muntah pun ada. Nak tau sebab apa? Sebab aku baca buku Sejarah dari bab 1 sampai bab 4. Lagi empat bab aku kena habiskan baca masa tu. Ya Allah, masa tu memang aku rasa nak muntah gila ahh. Tak sanggup dah nak baca. In the end, aku buat latihan je dengan Amira, baca latihan-latihan yang kitorang pernah buat dulu. Huh time tu baru lah aku rasa lega sikit :) Alhamdulillah.

But until now, aku still demam T.T Next week ada paper lagi kena jawab. Literasi komputer and Kemahiran Hidup. KH aku langsung tak minat T.T Bukan apa, sebab ada pasal wayar-wayar semua tu. Kalau masak-masak je, minat ahh jugak. Literasi komputer pulak, hm..... Jawab je lah apa yang ada dalam kepala otak ni. Janji lulus and dapat markah yang baik. Aku cuba untuk tak dapat D untuk exam kali ni. At least C pun cukup lah. Tak nak ada D. Aku dah form 2. Kena serious sikit cause dah tak lama nak PMR and 98's batch is the last batch that take PMR. So I want do my best for PMR, starting from now.

Aku ada mintak kat ibu nak tuisyen kat math clinic awal bulan 12 nanti. Hm that time kawan-kawan aku semua tengah bersuka-ria, baring-baring beristirehat kat rumah, hang sana-sini, aku pergi tuisyen. It's okay, kadang-kadang kita kena berkorban sikit untuk dapat kan sesuatu yang kita nak :) Aite?

Next week, SPM. 05/11/12. Birthday dia 05/02. Ehh apa yang aku merepek ni?! -____- Takde kena-mengena langsung. Aku. Takut. Aku. Sedih. Aku..... Aku tak tau nak cakap apa. Aku rindu dia. Aku nak jumpa dia. Hmm kalau dulu, setiap kali aku kata nak jumpa dia, jawapan dia : Nak jumpa kat mana? Bila aku text, dia selalu reply. Dia selalu teman aku text sampai tengah malam sebab aku memang suka tidur lewat. Dia selalu ada untuk aku. Aku rindukan semua tu. Tapi aku redha dengan semua yang terjadi :) Aku masih kuat untuk semua ni. Aku harap dia dapat result yg bagus untuk SPM dia nanti. Aminnnnn ~


Labels: ,

© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03